Borang tawaran boleh didiapati melalui QR Code dibawah

Syarat-syarat Tawaran:
1. Pemohon adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Brunei Darussalam.

2. Pemohon hendaklah menggunakan Borang Tawaran yang dikeluarkan oleh Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, dan boleh diperolehi dengan mengenakan QR kod atau Kaunter 8, Aras Bawah, Blok C, Pusat Perkhidmatan Setempat, Bangunan Kementerian Pendidikan.

3. Borang Tawaran hendaklah dihantar tidak lewat pada 13 Oktober 2026 (Selasa).

4. Borang Tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan tajuk projek berkenaan tanpa menyatakan nama penawar berserta Bilangan tawaran dan tarikh tutup tawaran dan di masukkan ke dalam peti Tawaran yang telah disediakan : Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Pusat Perkhidmatan Setempat, Block C, Aras Bawah Bangunanan Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama, Berakas, BB 3510, BSB, Negara Brunei Darussalam

5. Pemohon hendaklah mengisi Borang Pengakuan Penender / Tender’s declaration dengan LENGKAP dan dikehendaki menyertakan salinan Sijil Perniagaan (Business Enactment) Section 16 & 17 yang masih sah dengan menyatakan butir-butir perniagaan seperti Nama, Bilangan pendaftaran, No. kad pengenalan atau passport pemilik.

6. Setiap tawaran yang diisi dan ditulis dengan tidak betul, tidak jelas dan tidak lengkap adalah dikira rosak dan ditolak.

7. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

Tatacara Pembayaran

Bayaran Yuran Tawaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai

atau dalam talian (Online) di

Tingkat Aras Bawah, One Stop Centre Blok ’C’, Kaunter 8, Unit Tunai dan Hasil,

Bahagian Perkhidmatan Kewangan dan Perbekalan, Jabatan Pentadbiran dan dan Perkhidmatan- Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Bagi tatacara pembayaran secara talian (Online) hendaklah terlebih dahulu menghubungi unit Tunai dan Hasil melalui emel: uth.da@ict.moe.edu.bn

Hari dan Waktu Penerimaan Wang Bayaran Yuran /Dokumen Tawaran

[Isnin Hingga Khamis]

8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi

1.45 Petang hingga 2.45 Petang

[Sabtu]

8.00 Pagi hingga 9.45 Pagi

*Sila pastikan Resit pembayaran Yuran Tawaran yang di terima adalah betul.